Hiburan

Serius atau sekadar bercinta sahaja hubungan Dini -Janna Nick

KALAU dah bercinta bagai nak rak tapi apabila ditanya bilakah tarikh untuk menikah, jawapan yang diberi, “Masih belum ada tarikh atau tahun tertentu untuk mengakhiri hubungan percintaan,” itu membawa dua isyarat.

Pertama, hubungan percintaan yang dijalin itu setakat bercinta sahajalah dan kedua, si lelaki itu tak ada niat nak menyunting kekasih sebagai suri dalam hidupnya.

Tidak kira sama ada senario ini berlaku kepada golongan biasa atau marhaen ataupun artis dan selebriti tetapi dalam kehidupan, mereka yang bercinta khususnya pihak wanita, mengharapkan dirinya dilamar.

Dini Schatzmann sendiri mengakui, dia tidak mempunyai tarikh dan tahun tertentu untuk mengakhiri hubungan percintaannya dengan Janna Nick.

Mungkinkah Dini sekadar mahu bercinta dan mengakhiri perhubungannya dengan Janna Nick tanpa menempuh alam perkahwinan.

Related Articles

Kalau setakat Dini mengakui dia dan kekasih hatinya itu ada merancang ke arah perkahwinan berikutan sudah tiga tahun mereka menjalin hubungan cinta tetapi tiada tanda-tanda rombongan merisik dari pihak Dini.

Bercinta sejak tahun 2019 dan boleh sahaja terus bercinta untuk tiga tahun lagi kalau Dini mahu tetapi selama mana Janna nak tunggu dirinya dilamar keluarga Dini untuk mengesahkan hubungan mereka berdua?

Ada juga yang tertanya-tanya, apakah Dini seorang lelaki yang tidak tetap pendirian kalau perancangan untuk berkahwin dengan Janna, sentiasa berubah-ubah?

Hati kena tetap la Bang. Kalau tidak setakat planning atau merancanga sahaja antara kalian berdua.

Seronok bercinta dan Janna pun hatinya bersulam bunga kerana dilamun cinta. Bercinta lama-lama, tak jadi kahwin, amacam nanti Janna?

Dini pandai bagi jawapan yang propa atau cliché … “Benda itu, perkahwinan, seperti yang anda semua tahu, pasti akan datang juga apabila sudah tiba masa yang sesuai,”

Jadi Janna, tunggulah masa yang sesuai ya. Sekarang ni, tiga empat lima tahun akan datang, mungkin belum masa yang sesuai untuk menamatkan status anak dara.

Lagipun Dini sendiri memberitahu media seperti mana dilaporkan Harian Metro, “Kita berdua memang selalu plan tapi kalau saya nak cakap majlis kami dalam satu, dua, tiga, empat atau lima tahun lagi, saya pun tak tahu nak cakap bila.”

Jawapan Dini itu umpama sudah terang lagi bersuluh. Kalau Janna tak dapat nak membaca maksud yang tersirat atau “put two and two together”, Janna boleh terus tunggu.

Contoh artis bercinta sesama artis ada di depan mata kerana percintaan mereka, berlalu umpama angin. Tidak kesampaian. Ya, walaupun bukan semua namun ada yang hangat bercinta sahaja.

Ada pasangan yang bercinta di lokasi bagai nak rak sehingga ke luar lokasi dan apabila ditanya oleh wartawan hiburan, ditepisnya.

Lama kelamaan, percintaan pasangan berkenaan jadi senyap dan akhirnya si aktor menikah dengan wanita lain. Aktres yang pernah menjadi kekasih sang aktor yang “dark and so called handsome” sekadar berputih mata dan menggigit jari.

Bercinta sesama artis, jangan tersilap ya kerana ada yang mengambil kesempatan menjalin hubungan percintaan kerana nak menumpang glamor, menumpang populariti atau pun menaikkan lagi pengaruh dan nama kerana kisah percintaan.

Gosip bercinta satu kaedah untuk kekal popular dan itu sebenarnya amat tidak sihat jika ada dalam pemikiran individu berkenaan.

Biar bijak dalam membuat percaturan hidup kerana usia muda hanya datang sekali, glamor dan populariti tidak kekal lama. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button