Alam SekitarBanjirRencah Hidup

Banjir di musim tengkujuh, jangan tidur lena malam ini

HUJAN lebat tak berhenti dari siang tadi sehingga sekarang. Kita semua tak akan tidur lena malam ini. Wakil-wakil rakyat, ADUN-ADUN pun sepatutnya tak tidur lena malam ini.

Tinjaulah ke kawasan masing-masing, tengok penduduk yang terjejas teruk akibat banjir. Tak kisahlah kawasan siapa, sempadan mana. Memang rakyat mengharapkan nasib mereka hari ini, malam ini, mendapat perhatian wakil rakyat.

Tidak perlu tunggu media ‘gegar’ telefon, bagitau “YB. Kawasan sekian-sekian ni terjejas banjir. Sekarang sipolan-sipolan seramai dot dot dot dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).”

Kalau YB-YB (faham-fahamlah YB tu merujuk kepada Yang Berhormat) Tuan-Tuan dan Puan-Puan ADUN masih bersikap tunggu dulu dan lihat, alamatnya tak berubahlah perangai yang kononnya meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

Banjir besar pernah melanda negeri Johor sekitar tahun 2005/2006 yang mana dalam tempoh 100 tahun, kejadian bencana alam itu berlaku di Johor.

Jalan ke daerah Kota Tinggi (masuk dan keluar) terputus disebabkan air naik. Semuanya bermula dengan hujan lebat tak berhenti-henti.

Ramai yang terperangkap di kawasan berkenaan termasuk media yang membuat liputan dan dalam keadaan basah lencun, media pada ketika itu, portal berita memang tiadalah ya… tetap menjalankan tugas masing-masing.

Ada buku nota nak tulis tapi kertasnya basah. Ada jurukamera yang terjatuh ke dalam air, tetap sempat menyelamatkan kamera syarikatnya.

Itu pengalaman dan itulah yang menjadi kenangan apabila hari ini teringat kembali peristiwa banjir besar di Johor dalam keadaan Shah Alam, Klang, Dengkil dan lain-lain di negeri Selangor ini sedang dinaiki air.

Sekarang ni, sesiapa yang tak lepas nak balik kampung, silalah pusing balik, balik ke Kuala Lumpur.

Peringatan buat semua, mana-mana penduduk yang kawasannya dinaiki air akibat banjir di musim tengkujuh, sila buat persiapan awal.

Jangan tunggu di saat akhir kerana nanti ada yang kelam kabut dan bagi mereka yang pernah ditempatkan di PPS banjir, sila bawa barang keperluan yang diperlukan.

Memang dalam keadaan hari ini, segala kemungkinan boleh berlaku dan dengar arahan pihak berkuasa demi keselamatan diri dan keluarga. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button