Ekonomi

Pendapatan bersih KIP REIT meningkat 13.94 peratus

PENDAPATAN hartanah bersih KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) bagi suku keempat berakhir 30 Jun 2021 meningkat 13.94 peratus.

Jumlah keuntungan untuk tempoh itu naik kepada RM15.08 juta daripada RM13.23 juta tahun lalu ekoran peningkatan purata sewaan di enam pusat beli belah.

Pendapatan setiap suku meningkat 14.82 peratus kepada RM19.4 juta, daripada RM16.9 juta sebelumnya.

Ia mengisytihar agihan pendapatan 2.1 sen untuk setiap unit yang akan dibayar pada 27 Ogos.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button