Nasionalpilihan

Dua lelaki termasuk warga emas jadi ejen judi online ditahan

POLIS menahan dua lelaki berusia 45 dan 70 tahun kerana terlibat sebagai ejen ‘top up games’ judi atas talian di Sentul, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kedua-dua mereka ditahan dalam dua serbuan yang dilakukan bermula pukul 5.10 petang hingga 6.45 petang.

“Kedua-dua mereka beroperasi di sekitar kawasan Kepong dan Jinjang sejak dua bulan yang lepas.

“Hasil siasatan awal mendapati kegiatan ini beroperas di sekitar tepi jalan dan di kaki lima deretan kedai yang menggunakan telefon bimbit sebagai medium untuk membuat transaksi,” katanya.

Menurut Eng alai, sebagai ejen top up, mereka akan menerima gaji tetap setiap bulan dan hasil jualan top up mereka akan dikutip oleh seorang lelaki yang telah dikenal pasti.


Jelasnya, selain tangkapan, pihaknya juga merampas dua buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua keping kad sim dan wang tunai kira-kira RM135.

“Kedua-dua suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan apa jua aktiviti perjudian boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206. -SM

(Visited 22 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button