NegeriRencah Hidup

68 pendaki termasuk dari luar negara sertai North Wall 1.0 – Rock Climbing Competition’ di Bukit Keteri

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah ‘North Wall 1.0 – Rock Climbing Competition’ anjuran HerMission House Extreme Sport Club dan HerMission House Sdn Bhd di Bukit Keteri, Chuping, Perlis, petang semalam.

Keberangkatan Baginda disambut oleh Pengarah HerMission Sdn. Bhd., Sharifah Nadiah Wafa Syed Mohd Thalal Wafa.

Berangkat sama anakanda Baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, Asmaiza Ahmad.

Dalam ucapan, Sharifah Nadiah Wafa berkata, sebanyak 68 peserta mewakili 34 buah pasukan dari seluruh negara mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Beliau berkata, pertandingan ini julung kali dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Mendaki Negeri Perlis (Perlis Climbers) selama dua hari mulai 27 Ogos 2022.

Turut mengambil bahagian ialah pendaki antarabangsa dari negara Perancis, Kanada, Poland, Romania dan juga negara jiran Thailand.

Peserta yang paling muda adakah dari pasukan wanita yang berumur 10 dan 11 tahun.

Beliau berkata, Bukit Keteri sebagai lokasi mendaki telah dijumpai oleh Raja Muda Perlis ketika Mammut/Camp5 mengadakan ekspedisi ‘bolting’ yang disertai oleh David Lama, Reini Scherer, Cedric Lachat dan lain-lain lagi pada tahun 2007.

“Baginda beserta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil adalah orang pertama yang mendaki bukit itu dan laluan itu kini dikenali sebagai laluan Tuanku.,” katanya.

Sementara itu, sukan memanjat atau lebih dikenali sebagai ‘climbing’ adalah sejenis sukan ekstrim yang telah bertapak di Malaysia sekitar tahun 1998.

Terdapat dua kategori sukan memanjat secara amnya iaitu ‘rock climbing’ dan ‘wall climbing’. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button