Politik

Perdana Menteri UMNO diboo di Dewan Merdeka

KESABARAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada hadnya.

Tidak pernah dalam sejarah UMNO, seorang Perdana Menteri dilantik daripada kalangan Naib Presiden UMNO dan tidak pernah dalam sejarah negara, Perdana Menteri UMNO diboo didalam Dewan Merdeka.

2. Kenapa ini berlaku?

Ini berlaku kerana Jentera Ibu Pejabat UMNO Malaysia memainkan naratif kononnya Perdana Menteri UMNO ini tidak memberikan sebarang bantuan kepada bekas Presiden UMNO yang telah dihantar ke penjara pada 23 Ogos yang lalu.

Kononnya, bekas Presiden UMNO tersebut tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.


Perdana Menteri dilihat tidak mahu campur tangan dalam kes tersebut.

Pejabat UMNO Malaysia juga berkali-kali memainkan naratif kononnya kes bekas Presiden UMNO ini adalah Pertuduhan Terpilih dan Pertuduhan Politik berdasarkan dendam politik semata-mata.

3. Pejabat UMNO Malaysia tidak mahu mengambil kira kes penyelewangan wang Rakyat Malaysia ini juga telah diadili di Amerika Syarikat dan Roger Ng telah didapati bersalah di Mahkamah di Amerika walau pun diwakili oleh peguam yang hebat.

4. Rakyat Malaysia amat beruntung kerana pada sebelah malamnya, apabila Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia berlangsung di Aras 39, Menara Dato’ Onn, tiada sebarang usul untuk memecat Perdana Menteri Ismail Sabri.

Malahan, kematangan Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO jelas kelihatan apabila mesyuarat dijalankan pernuh harmoni, beradab dan teratur.

5. Penganalisa politik berpendapat, adalah amat mudah untuk jentera Pejabat UMNO Malaysia manipulasi Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian yang dijemput hadir ke Taklimat Khas Presiden pada petang semalam tetapi untuk manipulasi Ahli-Ahli MKT adalah satu perkara yang berbeza.

Ini jelas memperlihatkan Presiden UMNO tidak mempunyai sokongan majoriti didalam MKT untuk meluluskan sebarang resolusi ataupun tindakan. Sebagai contoh, untuk memecat atau menekan PM, adakan PRU Ke-15 segera ataupun membatalkan resolusi terdahulu MKT iaitu memilih Ismail Sabri sebagai Poster Boy dan Calon Perdana Menteri dari Barisan Nasional.

6. Malahan cadangan daripada Puan Zarkashi sebelum ini agar menggugurkan PM Ismail Sabri sebagai Poster Boy dan calon PM telah disanggah dan ditolak oleh majoriti Ahli-Ahli MKT.

Manakala cadangan daripada Lokman Adam agar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diletakkan sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Ismail Sabri, juga tidak mendapat sambutan malahan tidak dibahaskan di mesyuarat MKT malam tadi.

7. Suasana tenang kembali dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO setelah mengambil pendekatan yang terbaik, profesional dan bijaksana. – SM

 

(Visited 490 times, 1 visits today)

Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button