Nasionalpilihan

6,034 guru lantikan kontrak ditempatkan di sekolah KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah-sekolah seluruh negara, bermula Isnin.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kementerian itu memaklumkan, seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu COS itu, ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi, di sekolah rendah.
“Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.
“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS, bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara,” menurut kenyataan berkenaan.
KPM memaklumkan pihaknya dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.
Kenyataan itu memaklumkan pelantikan guru baharu COS itu merupakan cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button