Nasional

60 mahasiswa tiga persatuan bawah FTV UPSI mantapkan ilmu penulisan berita

UNIVERSITI perlu menyalurkan bahan informasi pelbagai program agar ia dapat melonjakkan imej universiti menerusi media sama ada online mahupun bercetak.

Justeru, baru-baru ini Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) , Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Bengkel Penulisan Berita yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Media), Bahagian Komunikasi Korporat, Prof Madya Dr. Ghazali Din.
Penasihat program, Syahir Shahuddin berkata bengkel yang dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa Keluarga dan Sains Konsumer (FaCSA), turut disertai ahli-ahli dari Persatuan Mahasiswa Teknologi Kejuruteraan (PERMATEK) serta Persatuan Sains Pertanian (PERSSAP).

Prof Madya Dr Ghazali bersama peserta Bengkel Penulisan Berita di Dewan Kuliah Pusat 10, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.

Antara informasi yang diperolehi daripada program tersebut ialah mengetahui format penulisan berita yang betul, gambar yang sesuai untuk diterbitkan dan teknik untuk menjana idea penulisan yang baik.

Seramai 60 peserta menghadiri bengkel yang diadakan Dewan Kuliah Pusat, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI memberi peluang kepada mereka memahami teknik penulisan berita yang sesuai dengan kehendak pihak media.

“Menerusi program ini memberi peluang kepada ahli ketiga-tiga persatuan bersaing dalam menyediakan bahan media mengikut format yang betul dan mudah ,” katanya.

Dr Ghazali turut berkongsi pengalamannya dalam menguruskan media.

Syahir berkata penyediaan bahan yang sesuai mengikut format dapat mempercepatkan proses penghantaran kepada pihak media selepas program.
Pengarah Program, Wenderina Anak January berkata bengkel yang diadakan bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan asas tentang teknik penulisan berita yang baik.

“Menariknya pada bengkel ini kami mendapat informasi yang tepat dan jelas daripada penceramah yang berpengalaman luas dalam menguruskan bahan untuk pihak media,” katanya.

Katanya, kejayaan dan kelancaran perjalanan program ini diharapkan memberi manfaat dan input untuk semua peserta aktif dalam menyediakan bahan persatuan untuk siaran pihak media.

Katanya, peserta memperlihatkan minat dan tekun mengikuti ceramah yang disampaikan penceramah dan diyakini dapat menaikkan imej setiap persatuan menerusi siaran media selepas ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button