Nasional

52,170 saman langgar lampu isyarat dikeluarkan tahun ini

SEBANYAK 52,170 saman melibatkan kesalahan melanggar lampu isyarat merah dikeluarkan sejak Januari tahun ini hingga November lalu.

Daripada jumlah tersebut, 26,764 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal manakala kereta (20,751); lori (2,208) dan selebihnya melibatkan lain-lain kenderaan

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, statistik itu adalah sesuatu yang sangat membimbangkan.

“Kesalahan sama dicatatkan pada tahun lalu menyaksikan 69,267 saman dikeluarkan dengan pecahan tertinggi melibatkan penunggang motosikal iaitu sebanyak 32,657.

“Kereta pula sebanyak 29,873; lori (2,808) dan lain-lain kenderaan sebanyak 2,929 kenderaan,” katanya.

Menurut Azisman, pihaknya memandang serius kesalahan tersebut dan mengadakan ‘Operasi Lampu Isyarat Merah’ bermula hari ini hingga 31 Disember depan di seluruh negara.

Jelasnya, operasi itu akan mengesan semua pihak yang melakukan kesalahan tersebut terutamanya melibatkan penunggang motosikal termasuk melibatkan penghantar makanan atau barangan.

“Mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Mereka ini boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih enam bulan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi isyarat lalu lintas bagi keselamatan semua pengguna jalan raya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button