Politik

Kematangan pemimpin Barisan Nasional

PARA pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini menunjukkan kematangan politik apabila tidak bersama-sama pembangkang untuk mensabotaj kelulusan Belanjawan 2021.

Sebaliknya mereka memutuskan untuk menyokongnya demi memastikan kerajaan terus berfungsi, apatah lagi ketika negara sedang berdepan dengan penularan wabak Covid-19.

Negara memerlukan peruntukkan yang besar setiap hari bagi menangani wabak ini termasuk urusan kuarantin, rawatan, vaksin dan keselamatan petugas kesihatan barisan hadapan.

Bayangkan jika belanjawan ini tidak diluluskan apa akan jadi, apabila para petugas tidak mempunyai pakaian perlindungan peribadi atau PPE kerana ia dipakai buang setiap hari.

Lagipun jika para pemimpin BN bersama-sama pembangkang menggagalkan belanjawan ini kemungkinan mereka akan dianggap sebagai pengkhianat dan pembangkang pula akan mendapat kredit bukan sahaja menggagal belanjawan, bahkan menumbangkang kerajaan Perikatan Nasional (PN) di mana BN merupakan komponennya.

BN bijak kerana tidak terperangkap dalam permainan yang ditaja oleh pihak pembangkang.

Bagaimanapun BN masih berpeluang bertindak jika dua tuntutan iaitu moratorium secara automatik untuk semua dan pengeluaran akaun 1 KWSP untuk semua tidak dipenuhi oleh kerajaan PN.

Pemimpin BN hanya perlu keluar daripada PN dan kerajaan yang ada hari ini akan tumbang.

Ketika itu pilihan raya terpaksa diadakan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan yang baharu.

Diharapkan ia tidaklah perlu sampai ke tahap tersebut kerana dua permintaan itu bukan sesuatu yang mustahil dilaksanakan.

UMNO sendiri telah menunjukkan bagaimana apabila mereka bertindak hingga tersingkir menteri besar dari Bersatu yang sering menikam mereka dari belakang.

Isyarat itu jelas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pemimpin UMNO bukan anak kecil yang boleh ditakut-takutkan dan dipiat telinga supaya mendengar cakap.

Mereka mewakili ahli peringkat akar umbi yang besar dan telah membuktikan taat setia mereka kepada UMNO walaupun dalam keadaan sukar selepas kehilangan kerajaan tempoh hari.

 

(Visited 691 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button