DI negara Turkiye gempar dengan gempa bumi yang melanda selatan negara itu semalam, negara kita masih mengalami monsun Timur Laut yang mengakibatkan mangsa banjir di negeri Pahang meningkat dan terpaksa meninggalkan rumah atau kediaman masing-masing apabila siren amaran berpindah dibunyikan.
Kira-kira 5,018 mangsa banjir daripada 1,488 keluarga termasuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang.
Menurut kemas kini portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada pukul 8.16 pagi tadi, sebanyak 28 PPS telah dibuka dengan 24 PPS di Kuantan dan empat lagi di Pekan.
Antara PPS paling ramai menempatkan mangsa banjir termasuk SK Fakeh Abdul Samad, Kuantan dengan 430 mangsa; Dewan Dato Manan (406); Kolej Kemahiran Tinggi Mara (394); SK Pandan (379); dan Wisma Belia (355).
Seramai 298 mangsa ditempatkan Dewan Taman TAS, Kuantan; 266 di Dewan Orang Ramai Kg Seri Mahkota; masing-masing 247 di SK Kampung Belukar dan SK Kafa Ubudiah Al Jariah, Taman Guru; 224 di Dewan Orang Ramai Kg Pandan 1; 217 di SAR Kafa Jaya Gading; 197 di SK Wira; dan 189 di Dewan Serbaguna Jaya Gading.
Sementara itu, Dewan Wawasan JPS Kemunting, Kuantan, menempatkan 151 orang mangsa; Dewan Orang Ramai Seri Damai (150); SK Batu 3 (135); SK Bunut Rendang (133); SK Kempadang (132); Dewan Mat Kilau (106); dan SK Mat Kilau (100).
PPS lain yang turut dibuka di Kuantan termasuk Dewan Melati Penjara Penor, yang menempatkan 62 orang mangsa; SK Pelindung (52); Balai Raya Kampung Pahang (30); dan Balai Raya Kampung Sungai Soi (8).
Empat PPS yang dibuka di Pekan terdiri daripada SMK Peramu Jaya, yang menempatkan 70 orang mangsa; SK Tanah Putih (15); SK Seri Maulana (15); dan SK Seri Terentang (10). – SM