Nasional

47 rakyat tempatan di Arab Saudi dibawa pulang

SEBANYAK 47 rakyat tempatan dibawa pulang dari Arab Saudi tengah hari tadi, menerusi penerbangan khas Saudia Airlines.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kepulangan mereka ke tanah air ini telah dimudahcara oleh Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Arab Saudi.

“Semua kos pembiayaan tiket ditanggung sepenuhnya secara persendirian oleh para penumpang.

“Mereka juga perlu menjalani proses saringan kesihatan setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Selain itu, kesemua mereka perlu menjalani proses kuarantin 14 hari di kediaman masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kamarudin, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi yang telah membantu dalam usaha kepulangan rakyat Malaysia ke tanah air.

Tambahnya, Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara akan meneruskan pemantauan situasi semasa serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam usaha memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat tempatan yang masih berada di luar negara. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button