fbpx
Rencah Hidup

Elak graduan menganggur, terima pekerjaan dengan gaji rendah

FELO penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Denison Jayasooria berkata, graduan yang menganggur harus terima pekerjaan yang menawarkan gaji rendah buat masa ini.

Rasionalnya kata Jayasooria yang juga ahli sosiologi, graduan berusaha mencari pekerjaan agak sukar ketika keadaan ekonomi masa kini masih lagi terkesan akibat wabak Covid-19.

Para graduan seharusnya tidak menolak pekerjaan yang gajinya rendah. Paling lamapun keadaan ini berlaku untuk tempoh dua tahun, katanya.

Selepas tempoh itu, mereka boleh beralih kepada peluang pekerjaan yang lain semasa ekonomi meningkat semula, katanya seperti dilaporkan oleh FMT.

Beliau berkata lagi, dalam tempoh dua tahun, bekerja sendiri mungkin antara pilihan terbaik yang ada.


“Para graduan yang menganggur boleh dikumpulkan dalam kem-kem induksi yang dianjurkan bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

“Berkongsi dengan mereka pelbagai pilihan seperti keusahawanan dan perusahaan sosial,” kata beliau.

Untuk rekod, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad berkata, dianggarkan 75,000 daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan sukar untuk mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian masing-masing kerana Covid-19.

Kajian kementerian pula menunjukkan, 41,161 graduan tahun lepas masih belum beroleh pekerjaan dan dengan unjuran 75,000 lagi graduan tahun ini, maka dianggarkan 116,161 graduan perlu diberikan perhatian untuk kebolehpasaran mereka dalam dunia pekerjaan.

Ini merupakan situasi yang menyedihkan kerana para belia yang mempunyai ijazah biasanya dianggap sebagai pilihan terbaik dalam masyarakat dan menjadi kebanggaan keluarga.

Sehubungan itu, kedua-dua kementerian yang berkenaan diminta melihat kualiti pendidikan yang ditawarkan dan kebolehan (kompetensi) penggunaan bahasa dalam melahirkan graduan yang lebih baik.

“Walaupun sektor swasta tidak akan melabur dalam latihan lanjut untuk calon pekerja baharu dan muda, Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) melabur dalam melatih belia untuk pekerjaan yang lebih baik.

“Adalah menjadi harapan para graduan untuk mendapatkan perkerjaan dan satu isu utama ialah bidang pengajian atau kemahiran sosial dan bahasa,” ujar beliau. – SM

 

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button