Nasional

431 individu ditahan kerana ingkar SOP

SEBANYAK 431 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 413 individu telah dikompaun, 17 direman dan seorang dijamin.

“Kesalahan ingkar SOP paling tinggi ialah tidak memakai pelitup muka (101), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (78), gagal mematuhi penjarakan fizikal (72), aktiviti pusat hiburan (42), premis beroperasi lebuh masa (40) dan lain-lain.

“Sebanyak 2,879 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM yang terdiri daripada 13,557 anggota telah melakukan 59,671 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurutnya, sebanyak 3,744 pasar raya, 5,320 restoran, 1,272 kilang, 1,725 pasar awam/tani, 2,945 tempat ibadah serta 1,370 tempat riadah telah diperiksa.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dengan seorang tekong dan dua kenderaan berat dan dua kenderaan darat dirampas dalam Op Benteng.

“Sebanyak 253 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng dilakukan diseluruh negara.

“Berlaku pengurangan SJR disebabkan penyusunan semula kedudukan SJR berikutan beberapa PKPD Sabah dan Pulau Pinang yang telah ditamatkan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian 011 6251 1223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button