Ekonomi
40 peratus petugas Richiamo UiTM golongan OKU, B40
Richiamo Coffee Sdn Bhd akan menggaji 40 peratus petugasnya terdiri daripada golongan OKU dan B40.
Perkara itu dilaksanakan di bawah Projek Keusahawanan Sosial Richiamo.
Hari ini berlangsung majlis pertukaran dokumen kerjasama di antara Richiamo dengan UiTM.
Richiamo diwakili oleh Pengarah Urusan, Muhd. Zamry Abu Samah, manakala UiTM diwakili oleh Naib Canselor UiTM Prof. Roziah Janor.
Turut menyaksikan majlis berkenaan ialah Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi.
Sebuah lagi syarikat yang turut menjalinkan kerjasama dengan UiTM bagi melatih petugas OKU dan B40 adalah Kumpulan AwanBiru Teknologi Berhad.