EkonomiNasional

4 Inisiatif Semarak Niaga Keluarga Malaysia Yang Akan Difokuskan

Dalam jangka masa panjang, sektor Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) menjadi pemacu baru dalam usaha merancakkan ekonomi bagi pertumbuhan negara yang lebih jitu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), transformasi PMKS memainkan peranan penting sepanjang musim Covid-19 ini.

Transformasi PMKS juga merupakan salah satu daripada pelbagai projek game changer yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan daya saing dan sumbangan segmen ini kepada pembangunan ekonomi negara.

Sehubungan itu, terdapat empat inisiatif yang akan dilaksanakan termasuk:

i. Pelaksanaan sebuah pelan hala tuju digital PMKS;

ii. Peralihan fokus PMKS dari pasaran bertumpu tempatan ke pasaran
dunia;

iii. Pelaksanaan program intervensi second chance bagi peniaga
tertentu; dan

iv. Pemerkasaan ekosistem koperasi dalam menjana generasi
usahawan yang baru.

Kata Ismail, usaha ini juga selaras dengan aspirasi Jalinan Digital Negara, atau JENDELA, dan inisiatif Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, atau MyDigital, yang bakal memacu Malaysia sebagai peneraju sektor
ekonomi digital yang cekap dan proaktif, seterusnya mencorak sebuah negara bangsa yang berpendapatan tinggi.

“Insya-Allah, inisiatif-inisiatif ini akan meningkatkan sumbangan PMKS kepada KDNK negara ke 45 peratus, sumbangan kepada eksport negara ke 25 peratus dan menjana 2 “unicorn” kebanggaan Malaysia
menjelang 2025.

“Secara tidak langsung, setelah sektor perniagaan pulih, peluang pekerjaan juga akan bertambah. Seterusnya, sasaran 600,000 peluang pekerjaan akan tercapai melalui sumbangan penciptaan pekerjaan di sektor PMKS ini,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button