Nasional

4 dipercayai tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands

SEORANG maut manakala empat lagi dipercayai masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley, Cameron Highlands awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands bergegas ke lokasi selepas menerima laporan pada jam 2.51 pagi.

“Seorang mangsa ditemui manakala 4 lagi mangsa dipercayai masih berada di bawah runtuhan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan, yang turut disertai Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (Storm) serta Unit Anjing Pengesan (K9).

Sementara itu, Bernama memetik Ismail sebagai berkata, maklumat awal menunjukkan tiga lelaki dan seorang wanita masih berada dalam kawasan runtuhan di Batu 54, Blue Valley.

Katanya, sembilan anggota bomba perlu berjalan kaki kira-kira 3km untuk sampai ke lokasi kejadian dan identiti mangsa belum dikenal pasti. – SM

BACA Tanah runtuh di laluan menuju Cameron Highlands

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button