Alam SekitarNasional

3 Jenis Rumah Dalam Malaysia Yang Sesuai Untuk Pasang Solar & Jimat Bayar Bil Elektrik

Masih ramai rakyat Malaysia tidak menyedari dengan pembelian solar, anda boleh mengurangkan pembayaran bil elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk jangka panjang.

Memanglah harga RM18,700 (4kWp) dan RM35,800 (10kWp) nampak mahal pada mata masyarakat yang tidak pandai menilai pelaburan bijak dengan sumber tenaga baharu.

Namun jika diteliti maklum balas pengguna solar sedia, nilai yang mereka telah bayar pada permulaannya berjaya diperolehi semula dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun.

Dan menguntungkan, mereka menerima penjimatan bayaran bil elektrik untuk jangka masa yang sangat panjang selepas berani membuat keputusan memasang solar.

Untuk negara Malaysia, tidak semua rumah sesuai untuk pemasangan solar ini. Antaranya kediaman jenis flat atau apartment.

Antara sebabnya, bil elektrik mereka kebanyakannya di bawah RM300 dan rumah jenis ini tiada ruang yang khusus untuk diletakkan panel solar.

Yang sesuai untuk menikmati gaya hidup hijau dengan teknologi sumber tenaga baharu unu adalah kediaman dari jenis teres, semi D dan juga banglo.

Untuk lebih tepat, pemiliki tiga jenis kediaman ini mestilah merasa terbeban dengan bayaran bil elektrik minimum RM500 sehingga RM1,000 dan ke atas.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button