Hiburan

3 Feb Konsert UK’SLAM Musical: Duet terhebat Zamani dan Amir

TIDAK berani nak tengok jualan untuk Konsert UK’Slam Musical yang bakal diadakan pada 3 Februari ini, bulan depan, bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam yang mampu memuatkan kapasiti penonton sebanyak 7,000 orang.

Ketidak beranian itu dinyatakan oleh pihak produksi Bombbay Legend Worldwide kerana pemilik syarikat itu yakin bahawa para peminat kedua-dua artis berkumpulan yang banyak lagu-lagu popular lagi berhantu akan membeli tiket untuk menyaksikan konsert yang julung kali menggabungkan kedua-dua kumpulan UK’s dan Slam.

KONSERT UK’SLAM Musical menggandingkan vokalis kumpulan UK’s, Amir dan Zamani Slam akan diadakan pada 3 Februari ini di Stadium Malawati, Shah Alam, dan tiket-tiket boleh dibeli sekarang kerana para peminat tegar kedua-dua artis berkumpulan ini pasti mahu mendengar dan menjadi sebahagian daripada catatan memori kerjaya UK’S dan Slam di pentas hiburan tanah air. – SM

Selepas sidang media diadakan untuk menguar-uarkan tentang konsert tersebut pada sekitar November tahun lepas, pihak produksi bersama AmirUK’s Entertainment berusaha untuk membuat pemasaran atau marketing berhubung konsert tersebut.

Ini kerana lebih kurang tiga minggu sahaja lagi konsert akan berlangsung dan pemasaran perlu jalan seiring dengan promosi yang dikendalikan oleh pihak Mewah Event Management (MEM) yang diketuai oleh Aida Husin.

“Pasukan yang ada untuk menguar-uarkan tentang konsert ini berjalan baik dan dengan sokongan Johan Enterprise, Mr Helibro, JBR Bundle, Fajar Baiduri Emipre, Lepaq King dan Sayapniaga sebagai rakan strategik, saya percaya para peminat kedua-dua kumpulan ini akan memberi sokongan padu mereka,” kata Zamberi Shaari atau lebih dikenali dengan sapaan Bombay yang juga merupakan Pengarah Urusan Produksi Bombbay Legend Worldwide pada majlis sidang media yang diadakan petang semalam.

Menurut Bombay, pihak produksi sedang berusaha untuk mendapatkan satu kesempurnaan dan segala persiapan dijalankan secara serius.

“Amir sedang berusaha keras dan Zamani pula saya yakin akan berikan delivery yang terbaik.

“Sistem bunyi hari ini bukan untuk level konsert dan semua ini akan diimbangkan dan ditangani,” ujar Bombay berdasarkan persembahan teaser dua lagu oleh Amir dan Zamani, semalam .

Majlis petang semalam diadakan menjurus ke arah teaser atau pratonton Konsert UK’SLAM Musical di hadapan pengamal media hiburan tanah air.

Persembahan pratonton semalam adalah santai dan Amir selaku vokalis kumpulan UK’S manakala Zamani, Slam, mempamerkan bayangan bahawa konsert kedua-dua artis berkumpulan ini akan memahat satu memori indah dalam para peminat yang datang menyaksikan persembahan mereka pada 3 Februari ini.

Mengalunkan dua buah lagu, masing-masing berjudul Seksa (lagu popular UK’S) dan Nur Kasih (Slam), durasi konsert yang dijangka selama tiga jam, akan menjadi satu penasaran dalam kalangan peminat yang tidak hadir untuk sama-sama memahatkan sejarah UK’S dan Slam tersendiri.

Tiket-tiket boleh dibeli menenerusi www.ilassotickets.com pada harga GOLD-RM588 (Numbered Seating), SILVER – RM308 (Numbered Seating), BRONZE-RM248 (Numbered Seating).

Lain-lain harga tiket ialah YELLOW-RM408(Numbered Seating), RED-RM248, BLUE-RM188, GREEN-RM108, ORANGE-RM208 dan PURPLE-RM148) yang mana kesemua tiket ini adalah FREE SEATING.

Turut hadir pada majlis teaser/pratonton persembahan Konsert UK’SLAM Musical ialah rakan-rakan artis seperti Rahmad MEGA, Baggio DAMASTURA, Acong SWEETCHILD dan Poey STING.

Detik berlalu dengan pantas dan dalam tempoh tiga minggu kehadapan, baik Amir mahupun Zamani, kedua-duanya perlu menjalani latihan keras demi menyajikan satu persembahan terbaik buat peminat.

Oleh itu, Amir selaku vokalis UK’S perlu memberi tumpuan kepada kesihatan, rehat yang cukup dan focus supaya suara dijaga dengan baik dan tiada timbul masalah pada hari konsert nanti.

Amir sedar bahawa para peminat tegar UK’S mahu kualiti vokal terbaik yang dilontarkan oleh beliau nanti dan apatah lagi, berduet dengan Zamani yang dipandang mampu mengekalkan kualiti vokal nyanyian secara langsung umpama menelan kaset atau CD!

USAI persembahan teaser dua lagu, Seksa dan Nur Kasih, Amir bersama Zamani menyantuni wartawan hiburan yang hadir pada majlis petang semalam di Kuala Lumpur.

“Saya dalam tempoh bersedia,” kata Zamani pada sidang media yang sama petang semalam dan disambut oleh Amir, “saya sedang berlatih untuk menghafal lirik lagu-lagu Slam.”

Kata Amir lagi, “Insya-Allah, boleh dan keyakinan saya masih belum 100 peratus, hanya 60 peratu sahaja namun saya akan berusaha mendapatkan yang terbaik.

“Pengukur persembahan adalah pada 3 Februari nanti. Saya akan berehat dengan cukup kerana sekarang, rehat agak kurang.”

Kombinasi atau duet dua artis/vokalis Amir dan Zamani perlu seimbang dan ia pasti mengambil masa kerana vokal mereka diminati ramai dari dahulu sehingga sekarang.

Cuma Amir dan Zamani tidak punya banyak masa…Tik tok … tik tok… jam berputar dan tiga minggu lagi, 3 Februari, Stadium Malawati Shah Alam, Selangor mesti  bergegar dengan Konsert UK’SLAM Musical. – SM

BACA Konsert UK’Slam Musical 3 Februari: Satu dalam sejarah!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button