Nasional

26 PPV ditutup mulai semalam

SEBANYAK 26 pusat pemberian vaksin (PPV) di Lembah Klang membabitkan daerah Gombak, Klang, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Kuala Lumpur sudah ditutup bermula semalam.

Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKAV) dalam kenyataan berkata, antara PPV yang ditutup termasuk Dewan Alwy Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Gombak), Hotel Premiere Klang (Klang), Institut Pengurusan Peladang (Kuala Selangor), Persada Plus (Petaling).

Turut ditutup Dewan Seri Sekinchan (Sabak Bernam), Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi (Sepang), Kajang Mewah Club (Hulu Langat), Dewan Komuniti Serendah (Hulu Selangor) dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (Kuala Lumpur).

JKJAV turut memaklumkan PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan ditutup bermula hari ini.

PPV Dewan Canselor, MSU (Petaling) pula akan ditutup esok, manakala PPV Mahsa University (Kuala Langat) akan ditutup pada 29 Ogos ini.

PPV Dewan MPSJ Puchong Indah dan Dewan Meranti 2, Seksyen U20 di Petaling pula akan ditutup pada 6 September.

“Dua lagi PPV iaitu Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Dewan Sivik MBPJ di Petaling akan ditutup pada 30 September nanti,” katanya.

JKAV juga memaklumkan bahawa PPV Stadium Nasional Bukit Jalil tidak lagi menerima walk-in bukan warganegara bermula semalam dan akan digantikan dengan vaksinansi melalui kaedah temu janji.

Untuk mendapatkan janji temu, individu perlu mendaftar bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui MySejahtera, laman sesawang www.vaksincovid.gov.my atau hubungi talian 1800-888-828.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button