26 April diputuskan Zahid Hamidi bela diri
PIHAK peguambela Datuk Seri Ahmad Zahid Zamidi mendesak mahkamah bersetuju 26 April sebagai tarikh pembelaan diri Presiden UMNO yang berhadapan dengan 47 pertuduhan termasuk rasuah.
Keputusan mahkamah terhadap Ahmad Zahid hari ini diminta bela diri selepas barisan pendakwaraya membuktikan prima facie.
Ketua Peguam Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Tek yang mendesak agar pembelaaan terhadap anak guamnya bermula pada 26 April kerana pihaknya perlu membuat persiapan termasuk mendapatkan kenyataan saksi, menyediakan dokumentasi dan itu mengambil masa 14 hari.
Kata Hisyam, pihaknya memberi jaminan jika tarikh yang dicadangkan dipersetujui oleh mahkamah, kes pembelaan Ahmad Zahid akan berjalan lancar.
“Kami memerlukan masa untuk buat persediaan. Tempoh sebulan setengah dengan tambahan dua minggu sahaja,” katanya.
Hisyam berkata, pihak pembelaan dijangka memanggil kira-kira 20 saksi.
Pembelaan diri Ahmad Zahid dijangka mengambil masa selama 39 hari.
Ahmad Zahid, 68, juga berhadapan 40 lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah menerima rasuah jutaan ringgit daripada sebuah syarikat pengendali sistem visa luar negara. – SM