Luar Negara

25 kematian akibat koronavirus di China, kes semakin meningkat

SEBANYAK 25 kes kematian akibat virus maut koronavirus di China sehingga kini.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengesahkan sebanyak 830 kes dijangkiti koronavirus baharu dicatatkan setakat semalam, dengan kematian akibat virus itu meningkat kepada 25 mangsa.

Virus itu muncul di bandar Wuhan di negeri Hubei pada penghujung tahun lepas dan sudah merebak ke bandar-bandar China lain termasuk Beijing dan Shanghai, serta Amerika Syarikat, Thailand, Korea Selatan, dan Jepun.

Koronavirus merupakan radang paru-paru yang seakan sama dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).
Gejala yang boleh dilihat apabila individu mengalami demam, batuk dan sukar bernafas. 
Ketika ini kerajaan China telah menutup semua laluan masuk dan keluar dari Wuhan dan seramai 11 juta penduduknya tidak dibenarkan daerah itu buat sementara waktu bagi membendung penularan virus tersebut, terutamanya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina.

ULAR berbisa spesies many-banded krait bermungkinan menjadi punca asalnya penularan wabak koronavirus yang membawa kepada penyakit berkaitan pernafasan yang merebak di China, sejak akhir Disember tahun lalu.

Lapor CNN, ular yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Bungarus multicinctus itu, merupakan spesies ular elapid berbisa yang sering ditemui di selatan China dan Asia Tenggara.

Media tempatan di China melaporkan bahawa virus itu merupakan jenis koronavirus yang baharu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakan virus baharu itu dengan nama, 2019-nCoV.

Selain itu, para saintis juga telah menganalisis kod protein virus itu dan membandingkannya dengan beberapa kod protein haiwan lain seperti burung, ular, landak dan kelawar.

Penemuan kemudian mendapati bahawa kod protein pada 2019-nCoV (jenis koronavirus terkini) adalah paling serupa dengan yang ditemukan dalam badan ular.

Lebih mengejutkan, laporan juga mendapati bahawa ular terbabit sering dijual di pasaran tempatan sebagai makanan eksotik di Wuhan, sekali gus mengaitkannya sebagai punca wabak itu bermula.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button