Nasional

21,007 kes Covid-19 hari ini palsu-KKM

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan sebanyak 21,007 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada 10 Februari 2022 (hari ini) seperti yang tular di media sosial.

KKM menjelaskan bahawa jumlah kes COVID-19 sebenar yang dilaporkan pada 10 Februari 2022 adalah sebanyak 19,090 dan bukannya 21,007 seperti yang tular di dalam media sosial.

KKM turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang sahih sebaliknya sentiasa membuat semakan kesahihan di laman sesawang dan media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terperinci yang akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my/. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button