NasionalNegeri

PROKids: Perlis buka PPV di tiga sekolah rendah

PERLIS akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di tiga buah sekolah rendah mulai Isnin depan bagi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) secara lebih meluas.

Dr. Sirajuddin Hashim beramah mesra dengan salah seorang kanak-kanak yang menerima suntikan di PPV HTF , Kangar, Peerlis, hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Sirajuddin Hashim berkata, selain itu klinik-klinik kesihatan juga akan terus memberikan suntikan secara janji temu.

“Dengan perluasan pemberian vaksin ini dijangka akan mampu meningkatkan sehingga 1,700 penerima sehari,” katanya.

Sebelum itu, Dr. Sirajuddin mengadakan lawatan ke PPV Hospital Tuanku Fauziah (HTF Untuk PICKids di Dewan CME HTF di Kangar, Perlis, hari ini.

Hadir sama Pengarah HTF, Dr. Mohd Safiee Ismail.


Dr. Sirajuddin berkata, sebanyak 2,100 dari 29,070 kanak-kanak di negeri ini telah didaftarkan oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Sebahagian kanak-kanak bergambar beramai-ramai selepas disuntik di PPV HTF,.

Beliau berharap, semua ibu bapa dan penjaga di negeri ini yang mempunyai anak-anak berusia antara lima hingga 11 tahun supaya segera mendaftar di MySejahtera.

“Hanya kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan dan “immunocompromised” telah diberikan suntikan di PPV HTF,” katanya.

KANAK-KANAK menunggu giliran untuk disuntik di PPV HTF di Kangar, Perlis, hari ini.

Katanya lagi, suntikan dos pertama sejak semalam di PPV HTF telah melibatkan 10 kanak-kanak dan 30 lagi hari ini, dijangka akan selesai akhir Mac ini.

Tambah beliau, sebanyak 60 kanak-kanak sihat telah diberikan suntikan di PPV Masjid Alwi dibawah kendalian Klinik Annura semalam.

“Setakat ini 70 kanak-kanak sebagai kumpulan pertama yang disuntik semalam dilaporkan tiada kesan mempunyai sampingan,” katanya. – SM

(Visited 150 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button