2,018 kes Covid-19 hari ini, ketiga tertinggi, belum ada tanda reda
KES Covid-19 di seluruh negara mencatatkan 2,018 kes baharu hari hari ini, merupakan catatan yang ketiga tertinggi sejak negara dilanda pandemik itu sekali gus menunjukkan belum ada tanda ia akan reda.’
Sebelum ini jumlah tertinggi pernah direkodkan ialah pada 10 Disember lalu, iaitu 2,234 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif di seluruh negara kini sebanyak 95,327 kes dengan jumlah kebolehjangkitan 16,496 kes.
Katanya, daripada jumlah itu yang dicatatkan hari ini, Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 1,204 kes atau 59.7 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Hari ini juga tujuh kes import dicatatkan yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“Daripada jumlah pertambahan kes di Selangor itu, sebanyak 1,115 kes dikesan daripada kluster sedia ada dan jaringan kontak rapat yang giat dijalankan di lapangan.
“Selain Selangor, Johor turut mencatatkan kes tertinggi hari ini, iaitu dengan 278 kes atau 13.8 peratus daripada jumlah keseluruhan dan diikuti Sabah, iaitu 247 kes atau 12.2 peratus,” katanya pada sidang di Putrajaya hari ini. – SM