Nasional

20 sekolah di Pulau Pinang juga kena tutup

SETELAH 79 sekolah di Selangor diarahkan ditutup selama dua hari kerana kes Covid-19, Pulau Pinang turut terpaksa mengikut langkah yang sama dengan sekitar 20 sekolah terpaksa membatalkan kelas.

Pengarah pendidikan negeri Abdul Rashid Abdul Samad yang dipetik dari Bernama mengatakan bahawa sekolah-sekolah akan ditutup hari ini dan esok setelah kes Covid-19 dikesan, dengan kerja-kerja sanitasi yang akan dilakukan.

Dia juga mengisyaratkan bahwa penutupan mungkin dipanjangkan dengan pihak pengurusan sekolah akanmenilai risiko jangkitan sebelum membuat keputusan.

Bagaimanapun dia tidak memberikan perincian sekolah yang terjejas.

Memetik laporan New Straits Times pula 20 sekolah yang ditutup itu berada di pulau dan di tanah besar, termasuk SMK (L) Methodist di George Town dan SK Jalan Baharu di Prai.

Sekolah lain yang disuruh tutup termasuk SJK (T) Mak Mandin, SMK St Mark dan SMK Kampung Kastam, di daratan.

Sebelum ini, dilaporkan di Selangor bahawa 19 sekolah di Hulu Langat, 18 di Petaling Perdana, 15 di Klang, sembilan di Gombak, sembilan di Petaling Utama, lima di Hulu Selangor dan masing-masing dua di Kuala Langat dan Sepang diberitahu tutup.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button