JenayahNasionalNegeri

2 beradik maut selepas bertengkar

PERTENGARAN yang terjadi di antara seorang abang dengan adik lelaki berakhir apabila kedua-duanya ditemukan mati. Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Mohamed Naseh, Perak, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Perak, Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 10 pagi berhubung kejadian itu dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di sebuah rumah, didapati seorang lelaki terbaring berlumuran darah di dapur dengan kesan tikaman.

“Manakala seorang lagi lelaki berada di luar rumah (dalam keadaan tergantung). Siasatan awal mendapati kedua-duanya merupakan adik-beradik yang bertengkar di rumah itu.

“Isteri kepada lelaki pertama (adik) dipercayai cuba menenteramkan keadaan sehingga luka di ibu jari kanannya. Kami masih melakukan siasatan untuk mengetahui punca pergaduhan.

“Menurut saksi, mereka kerap dengar pergaduhan di rumah ini,” jelas beliau.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati suspek berusia 70 tahun bekerja sebagai pemandu teksi dipercayai bertengkar dan kemudian menikam adiknya, 67, seorang pesara sebelum menggantung diri di luar rumah.

Katanya lagi, polis turut menjumpai sebilah pisau kecil berdekatan si mati.

“Sewaktu kejadian, ada beberapa ahli keluarga. Keterangan akan direkodkan untuk tujuan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button