Ekonomi

MGRC jalin perkongsian strategik dengan MAHSA Health

PETALING JAYA 18 OGOS – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad’s (MGRC) menjalinkan kerjasama dengan MAHSA Health Sdn Bhd (MAHSA Health) bagi pembentukan perkongsian strategik yang menggalakkan pendidikan berasaskan amalan, penyelidikan dan pertukaran pengetahuan.

Anak syarikat milik penuh MGRC Therapeutics ini menjalinkan kerjasama dengan MAHSA Health di dalam meneroka peluang di dalam perkhidmatan berkaitan kesihatan dan kesejahteraan; mewujudkan peluang untuk penempatan klinikal pelajar, latihan amali dan pekerjaan; mengenal pasti peluang untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan kolaboratif (R&D); dan mencipta peluang dalam latihan, seminar dan persidangan.

Pengarah Eksekutif MGRC Azri Azerai berkata, pihaknya mengalu-alukan peluang untuk berkongsi pengalaman dalam genomik, bioinformatik dan biofarmaseutikal dengan MAHSA Health melalui kerjasama ini.

Dengan menyediakan input dan pandangan industri, kami berharap dapat memberi manfaat kepada pelajar di Universiti MAHSA dengan potensi besar yang ditawarkan oleh pelbagai sains penjagaan kesihatan untuk semua.

“Melalui kerjasama ini, kami juga berharap dapat mengenal pasti peluang untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan primer yang bersepadu dan holistik, termasuk perkhidmatan pemeriksaan genetik untuk meningkatkan kehidupan individu dalam jangka masa panjang.” katanya di sini hari ini.

MGRC ialah perintis dalam pemeriksaan genomik dan genetik di Malaysia, dengan pengalaman lebih 17 tahun, syarikat ini menawarkan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan Kumpulan yang lain merangkumi imunoterapi kanser, perkhidmatan pembuatan sel dan dialisis buah pinggang yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berjaga-jaga, pencegahan dan kuratif terkini untuk pelanggan tempatan dan seluruh dunia.

MAHSA Health Sdn Bhd ialah syarikat Malaysia, merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat MAHSA, yang berazam untuk menjadi peneraju revolusioner dalam sektor penjagaan kesihatan. Sejak penubuhannya pada 2017, MAHSA Health telah berusaha untuk berada di barisan hadapan dalam penjagaan kesihatan utama, memfokuskan pada kesihatan dan kesejahteraan keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif MAHSA Health Datin Dr Maya berkata, dengan kepakaran berganda dalam perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan serta industri pendidikan, idea utama MAHSA Health adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan kepada komuniti.

“Melalui kerjasama ini, kami meramalkan peluang dan usaha kolaboratif dalam banyak bidang, baik dalam industri penjagaan kesihatan dan pendidikan dalam menyediakan ekosistem pengajaran, latihan dan menghasilkan perkhidmatan kepada negara di seluruh negara.” katanya.

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button