1MDB: AS pulang RM2.6 bilion
AMERIKA Syarikat (AS) memulangkan duit daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai 300 juta Dolar AS (RM1.3 bilion) kepada kerajaan Malaysia.
Pemulangan dana tersebut menjadikan jumlah berjaya diperoleh semula adalah sebanyak 620 juta Dolar AS (RM2.6 bilion) menerusi inisiatif Jabatan Keadilan (DOJ) AS.
[BACA] Duit 1MDB: Apa yang Amerika Syarikat mahu? — Suara Merdeka
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, pemulangan dana terrsebut adalah hasil pelucutan hak beberapa aset.
Menurutnya, aset-aset tersebut dilaporkan dibeli menggunakan duit 1MDB.
Justeru, beliau menghargai usahasama daripada kerajaan AS yang membantu dalam mendapatkan kembali dana milik syarikat kontroversi itu.
“Ini bermakna, dana 1MDB dikembalikan kepada Malaysia sama ada dalam bentuk hasil proses penjualan ataupun aset kini berjumlah RM2.6 bilion.
“Proses untuk menjual baki aset yang disita daripada Jho Low masih diteruskan atas keputusan penghakiman DOJ,” katanya.
[BACA] Perbicaraan 1MDB dilapangkan hari ini, beri laluan kepada kes SRC International — Suara Merdeka
[BACA] PKP: Semakin ramai degil — Suara Merdeka
Dalam pada itu, Muhyiddin turut memaklumkan pemulangan dana tersebut juga hasil penyelesaian dicapai Jho Low dengan DOJ.
Penyelesaian berkenaan difailkan kepada DOJ pada 30 Oktober tahun lalu.
“Jho Low mencapai penyelesaian DOJ berkenaan beberapa tuntutan pelucutan hak yang difailkan oleh DOJ ke atas aset-aset dibelinya menggunakan dana 1MDB.
“Usaha untuk mendapatkan semula aset 1MDB di seluruh dunia masih berjalan dan kerajaan akan terus bekerjasama dengan AS, DOJ dan agensi luar negara,” ujarnya.
Sebelum ini, AS menangguhkan pemulangan dana syarikat itu ketika negara berhadapan kemelut politik apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri ke-7.
[BACA] Pemimpin Pakatan Harapan belajarlah sedar diri! — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Mengapa PKP perlu diteruskan? — Suara Merdeka
Lapor Suara Merdeka, wang tersebut sepatutnya dikembalikan kepada Kementerian Kewangan pada 19 Februari bagi melunas hutang 1MDB. – SM
Berikut adalah aset yang diperoleh semula daripada AS:
- Hasil penyelesaian Red Granite Pictures (RM246 juta).
- Hasil jualan kepentingan Jho Low dalam Hotel Park Lane (RM593 juta).
- Jualan kehakiman kapal mewah Equanimity (RM546 juta)
- 300 juta Dolar AS dikredit kepada Malaysia pada April 2020 (RM1.3 billion.