Celotehpilihan

18 Puasa ‘Tidak Menyegat Kelakarnya’ Tetapi Padat Dengan Dakwah Yang ‘Mantop’

Kita hidup nak berhibur semata-mata atau nak terima elemen dakwah secara halus menerusi karya seni? Jika itu yang anda cari, 18 Puasa Di Kampong Pisang adalah naskah yang tepat untuk ditonton.

Bagi kaki berhibur, naskah ini mungkin agak mengecewakan berbanding 15 Puasa atau 16 Puasa kerana menerusi dua naskah tersebut, yang diangkat adalah kisah lucu orang tak puasa.

Tetapi dalam 18 Puasa Di Kampong Pisang, penulis anggap ia adalah naskah paling berjaya dalam bulan Ramadan untuk memberikan kesedaran secara keseluruhan tanpa prejudis.

Memang tujuan asal penulis menonton filem ini adalah untuk mencari lawaknya namun setelah menyaksikan naratifnya, penulis rasakan diri ini sama sahaja seperti Barkoba (lakonan Bell Ngasri).

Asyik nak buat sesuatu yang kita suka dan seronok tanpa berfikir secara panjang implikasinya terhadap diri kita sendiri, keluarga dan masyarakat.

Jadi tak mahu menulis panjang lebar takut-takut jadi ‘spoilers’, penulis berikan rating untuk lawak dalam filem ini cuma 2/5 namun untuk dakwahnya 10/5.

Haa.. Nampak tak kenapa penulis buat tajuk seperti di atas? Jadi tak rugi tonton 18 Puasa Di Kampong Pisang ini sebab naskah seperti ini takkan ada dalam drama Ramadan di TV3!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button