1,700 peduduk terima manfaat Program Ziarah Kasih Parlimen Lipis
SERAMAI 1,700 penduduk dari 72 kampung di kawasan Parlimen Lipis menerima manfaat bantuan sebanyak RM 170,000 melalui Program Ziarah Kasih Parlimen Lipis yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini.
Program ini bertujuan untuk menyampaikan bantuan berbentuk bakul makanan kepada golongan yang memerlukan di seluruh kawasan dalam Parlimen Lipis.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, merangkap Ahli Parlimen Lipis, YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad berkata, program yang dijalankan setiap tahun ini merupakan satu program yang dinanti-nantikan oleh masyarakat setempat kerana program in melibatkan kerjasama agensi-agensi KPLB, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Lipis.
Program ini telah dimulakan sejak awal bulan Ramadan dan akan menemui kemuncaknya pada hujung minggu ini.
“Saya berharap agar bantuan yang diberikan sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada masyarakat setempat terutamanya golongan yang memerlukan terutama menjelang Aidilfitri yang bakal menjelma tiba.
“Sebagai umat Islam sudah tentu kita akan menyambut Aidilfitri sebagai sebuah tanda kemenangan setelah sebulan mengerjakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.
Semua pihak sudah tentu merindukan amalan kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara sambil menikmati juadah hidangan.
Tidak lupa yang berada di perantauan yang akan pulang ke kampung halaman. Berhati-hati buat anak kota yang memandu untuk pulang ke desa. Semoga hari raya in disambut penuh kemeriahan dan keceriaan walau di mana kita berada” ujar beliau lagi. – SM
Baca artikel ini > RM24.8 juta diperuntukkan bagi peserta FELCRA seluruh Pahang