BanjirBencana alam

17 nyawa terkorban dalam kejadian banjir di Selangor

HUJAN lebat yang turun selama dua hari tanpa henti pada Jumaat dan Sabtu lalu telah meragut 17 nyawa di Selangor setakat hari ini.

Kematian tertinggi direkodkan di Klang iaitu 10 orang ditemukan meninggal dunia selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan; tiga lagi nyawa diragut di Hulu Langat dan empat di Sepang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, punca sebenar kematian mangsa sedang dikenal pasti.

Hujan berterusan kadang kala lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai tidak bersedia dan terperangkap di kediaman atau di dalam kenderaan di jalan utama dinaiki air.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button