BanjirPolitik

Jangan politikkan bencana banjir

JANGAN dipolitikkan banjir yang sedang melanda negara dan bantuan yang perlu disalurkan kepada semua pihak yang terkesan tanpa mengira siapa.

Itu kata bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung banjir yang berlaku sejak Jumaat lalu.

Beliau yang juga ahli Parlimen Langkawi berkata, rakyat Malaysia berganding bahu membantu mereka yang ditimpa bencana alam adalah sikap terpuji.

“Membantu mereka yang dalam kesusahan  adalah salah satu tonggak utama dalam perjuangan kita.

“Jadi ini bukan masanya untuk berpolitik, ini masa untuk kemanusiaan. Bantuan dihulurkan tidak harus memilih siapa,” katanya.

Dalam masa yang sama, Dr. Mahathir mengingatkan ahli-ahli dalam parti Pejuang agar memberikan bantuan selain sentiasa menjaga disiplin, tidak sombong dan lakukan tanggungjawab dengan penuh sabar dan sopan.

Beliau yang masih berada di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur turut menzahirkan kebimbangannya terhadap mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk.

Mengakui sentiasa mengikuti berita berkaitan banjir yang melanda negara, Tun Dr. Mahathir berkata, beliau dapat merasai kesusahan dan keperitan mangsa banjir. – SUMBER MK-SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button