Nasional

150,000 pelitup muka diedar buat penduduk Bandar Tun Razak

SEBANYAK 150,000 keping pelitup muka diedarkan di kawasan tumpuan sekitar Bandar Tun Razak secara berperingkat baru-baru ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar berkata sumbangan itu diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

“Tumpuan diberikan kepada Penduduk Perumahan Rakyat atau Perumahan Awam, pasar-pasar, kawasan tumpuan awam dan mereka yang memerlukan.

“Tujuan pemberian pelitup muka ini adalah tanda ingat mengingati agar bersama-sama membudayakan norma baharu dalam kehidupan iaitu memakai pelitup muka setiap masa sekiranya keluar daripada kediaman masing-masing,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Menurut Kamarudin, gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 di negara ini membimbangkan banyak pihak apabila setiap hari kita disajikan dengan jumlah jangkitan mencecah empat angka.

Justeru itu ujar beliau, rakyat perlu bersama-sama dengan kerajaan dalam memutuskan rantaian Covid-19 dan usaha ini akan berjaya sekiranya disokong semua pihak.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos pembelian pelitup muka rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu, sebagai tanda penghargaan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak khususnya yang menjalankan tugas meronda, sebanyak 12 ribu keping pelitup muka dan pencuci tangan (hand sanitizer) akan disumbangkan dalam masa terdekat.

Tambahnya, diharapkan ianya dapat membantu menjaga kesihatan pasukan keselamatan yang setiap hari berhadapan dengan risiko wabak Covid-19. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button