Nasional

Penjara Taiping, kuarters kakitangan kena PKPD

Penjara Taiping dan kuarters kakitangan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 8 Februari depan.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, sehingga 23 Januari lalu sebanyak 43 kes positif Covid-19 telah direkodkan melibatkan 40 tahanan dan tiga kakitangan penjara.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti,” kata Ismail Sabri.

Prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan terhadap penjara tersebut sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk semua pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga tidak dibenarkan.

Sementara itu 717 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam. Daripada jumlah itu, 642 individu dikompaun, 74 direman manakala satu lagi dijamin.

Kesalahan tiada penjarakkan fizikal paling banyak dikenakan tindakan iaitu 235 kes diikuti tidak memakai pelitup muka 117 kes.

Dalam pada itu 96 dikenakan tindakan kerana rentas daerah/negeri tanpa kebenaran, premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (73) gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (68)dan lain-lain (128).

Manurut Ismail Sabri, semalam Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai
5,297 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 55 orang disahkan positif Covid-19.

“Secara kumulatifnya, sejak 1 Disember 2020, seramai 210,613 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 8,096 majikan.

“Daripada jumlah ini sebanyak 4,151 telah disahkan positif COVID-19 manakala 206,462 lagi adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.-SM

(Visited 500 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button