Luar Negara

13 maut bas bertembung dengan trak pikap

PERLANGGARAN secara berdepan antara bas dan trak pikap mengorbankan 13 orang di tengah Bangladesh pada Selasa, kata seorang pegawai kanan polis.

Kemalangan jalan raya maut itu berlaku kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan (0100 GMT) di daerah Faridpur tengah Bangladesh, kira-kira 101 km dari ibu kota Dhaka, kata ketua polis daerah itu, Mohammad Morshed Alam kepada Xinhua.

“Bas itu bertembung dengan trak pikap yang datang dari arah bertentangan, menyebabkan 11 orang maut di tempat kejadian,” katanya sambil menambah dua disahkan maut selepas dikejarkan ke hospital.

Kesemua mangsa adalah penumpang trak pikap itu, tambahnya.

Punca sebenar kemalangan sedang dalam siasatan.

Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Jalan Bangladesh, sekurang-kurangnya 122 orang terbunuh dan 195 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya antara 8 dan 14 April ketika Bangladesh menyambut perayaan Aidilfitri dan Tahun Baharu Bengali.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button