NegeriSukan

120 sertai ‘The North Wall 2.0 Bukit Keteri Rock Climbing Competition 2023′

SEBANYAK 120 peserta dari dalam dan juga luar negara mengambil bahagian dalam ‘The North Wall Bukit Keteri Rock Climbing Competition 2023’ selama tiga hari mulai 18 Ogos lalu di Bukit Keteri, Perlis.

Pertandingan yang dianjurkan pada kali kedua oleh Hermission House Extreme Sports Club (HESC) ini ditaja oleh The North Face Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Decathlon Malaysia, Hydro Flask Malaysia, Crux Particle, Reef Malaysia, The Boom Beverage, Project Rock dan Herschel Malaysia.

Sharifah Farah Adriana berkenan mengurniakan hadiah kepada peserta ‘The North Wall Bukit Keteri Rock Climbing Competition 2023’

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang diiringi oleh anakanda kedua Baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail, yang juga merangkap Penaung HHESC.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Setiausaha Her mission House Extreme Sports Club, Sharifah Nadiah Wafa Syed Mohd Thalal.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Pelbagai kategori telah dipertandingkan dan para pemenang bagi setiap acara adalah Juniors (Dzuhair Alzam Mohd Zamri); Novice Mix Team (Elis Sahlin dan Jaemthida Rimjaeng); Novice Men’s Team (Joshua Kien Morrison dan Etienne Farcis); Novice Women (Ummu Nadhirah Liwauddin); dan Novice Men (Umar Aliff Zul Majid).

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan untuk menyempurnakan pengurniaan hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi kategori Open Mix Team (Vanessa Teng dan Tan Shi Hui); Open Men’s Team (Muhammad Akif Nukman Nazrilazdin dan Dzukram Alzam Mohd Zamri); Open Women (Vanessa Teng); dan Open Men (Norhafizi Bin Ishak).

Tuanku Syed Faizuddin ketika berkenan menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah ‘The North Wall 2.0 Bukit Keteri Rock Climbing Competition 2023′ di Bukit Ketri.

Pemangku Raja menzahirkan sukacita atas kejayaan penganjuran pertandingan ini yang telah mendapat sambutan yang sangat baik tahun ini.

“Semoga Rock Climbing Competition ini akan terus dijalankan pada tahun-tahun akan datang dan dianjurkan dengan lebih meriah serta skala yang lebih besar,” titah Baginda.

Baginda juga menyarankan kepada para peserta yang datang dari jauh dan dekat untuk mewar-warkan lagi kepada rakan-rakan peminat sukan mendaki di kawasan masing-masing supaya lebih banyak peserta akan datang ke Perlis mengambil bahagian dalam pertandingan ini khususnya pada dua tahun mendatang bagi mengambil sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025. – SM

BACA Pertandingan North Wall 1.0 – Rock Climbing Competition 2022 di Bukit Keteri sengit

BACA 68 pendaki termasuk dari luar negara sertai North Wall 1.0 – Rock Climbing Competition’ di Bukit Keteri

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button