JenayahNasional

12 wanita ditahan terlibat sindiket pinjaman wang haram

POLIS Selangor telah menahan 18 individu warga tempatan termasuk 12 wanita disyaki terlibat dalam sindiket pinjaman wang tanpa lesen dalam serbuan di sebuah premis di Kajang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor Azman Ali berkata, pada Khamis lalu, pihak polis telah menyerbu sebuah premis di Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, Kajang pada pukul 10.20 pagi.

“Bertindak atas maklumat, kita berjaya menahan semua individu yang berumur antara lingkungan 18 hingga 52 tahun itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, polis percaya sindiket tersebut telah beroperasi sejak enam bulan lalu.

“Hasil pemeriksaan, turut dirampas ialah dokumen dan barangan antaranya komputer, fail mengandungi dokumen peminjam, kad ATM pelbagai bank dan wang tunai berjumlah RM21,598,” katanya.

Azman berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button