Luar Negara
12 maut disambar petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat di timur India, kata pegawai.
Korban dalam serangan kilat dilaporkan di daerah Malda, kira-kira 327 km ke utara Kolkata, ibu kota Bengal Barat.
Pegawai berkata, semua mangsa berada di luar rumah mereka bekerja di kebun dan ladang ketika petir menyambar mereka.
Setiap tahun dengan bermulanya musim tengkujuh, ratusan mati dalam kejadian kilat di India. – Xinhua