Nasional
119,925 dewasa terima dos penggalak semalam
SEBANYAK 119,925 individu mendapat suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Keseluruhannya, 135,631 dos vaksin diberikan semalam yang turut membabitkan 10,473 suntikan dos lengkap dan 5,233 menerima dos pertama.
Sehingga 11.59 malam tadi, seramai 2,603,148 individu atau 82.7 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19. Data juga menunjukkan sebanyak 2,760,656 individu atau 87.7 peratus bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Populasi dewasa pula, 22,425,264 individu atau 95.8 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 98 peratus atau 22,936,203 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.-SM