Politik

Bertanding MKT UMNO: Shahaniza optimis dalam pemilihan

KETUA UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza bersikap optimis dalam pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Beliau yang turut bertanding jawatan MKT berkata, peluang kepada tujuh calon Wanita yang menawarkan diri daripada 95 calon juga mempunyai peluang yang cerah untuk diterima.

“Saya kira UMNO juga memerlukan bukan sahaja idea dan pandangan daripada golongan wanita tetapi gerak kerja bersama dengan pemimpin wanita dari segi gender.

“Saya kira ketujuh calon wanita yang menawarkan diri memiliki kekuatan dan kelebihan masing-masing yang saya kira boleh memberikan kelebihan kepada UMNO sekiranya mereka terpilih sebagai MKT,” katanya dalam satu sesi temu bual, semalam.’

Beliau berkata,  mereka boleh menjadi team player yang baik kerana kita tahu wanita ini sifat semula jadinya yang setia kepada parti.

“Itu adalah perkara asas dan tunjang yang mesti ada pada diri seseorang pemimpin itu.

“Yang keduanya, kita tahu pemimpin wanita memang komited dan buat kerja bersungguh-sungguh, akan pastikan ia menjadi menjadi dan berjaya,” ujar beliau.

Katanya lagi, sekiranya pemimpin wanita ini diberi peluang, ia akan memberi satu impak yang baharu dan lebih bertenaga kepada UMNO itu sendiri.

Dari sudut respons ahli-ahli UMNO selepas beberapa majlis pengenalan calon dibuat, ini jawapan Shahaniza:

“Alhamdulillah saya tengok selepas beberapa negeri sudah membuat majlis pengenalan calon, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Sabah dan Selangor, saya nampak keterujaan ahli-ahli UMNO.

“Saya kira pemilihan nombor dua, nombor satu dapat berkumpul semula bertemu sahabat lama. Sebab itu ia jadi satu event yang saya kira dapat tumpuan daripada ahli-ahli UMNO daripada bahagian itu sendiri.

“Kalau tidak tengok semakin ada majlis pengenalan, semakin mendapat sambutan daripada ahli. Saya kira salah satu petanda baik kepada UMNO itu sendiri.”

Shahaniza menafikan pandangan bahawa undi perwakilan Wanita 100% penentu kemenangan bagi dirinya manakala perwakilan lelaki, pilih calon lelaki.

“Saya tidak nampak gender menjadi satu isu sebenarnya tetapi bagi kaum wanita, saya tengok respons yang diterima para perwakilan Wanita kali ini ini, mereka mesti meletakkan suara yang lebih dalam MKT supaya wanita tidak ketinggalan dalam dasar-dasar parti pada masa akan datang.

“Tetapi kaum lelaki ini saya tengok dia punya mood, dia bukan memilih berdasarkan gender sebaliknya berdasarkan kredibiliti seseorang calon itu sendiri.

“Jadi kita, walaupun sebagai seorang wanita, apabila kita menawarkan diri bermain di gelanggang pemimpin lelaki, kita mesti meletakkan merit diri kita juga setanding dengan mereka. Malahan mungkin lebih baik daripada mereka,” jelas beliau.

Katanya lagi, beliau melihat trend para perwakilan lelaki menilai bukan dari sudut kerana kasihan dan memilih calon wanita atau kita kerana tak beri wanita sebab dia wanita.

“Tidak kerana mereka (perwakilan lelaki) lihat dari segi kredibiliti dan keupayaan untuk mereka letakkan kita di barisan kepimpinan yang ada,” ujar beliau.

Shahaniza  ketika diajukan soalan, apakah menjadi satu kelebihan apabila mempunyai kem atau pasukan untuk calon yang bertanding?

“Kita open secret ada kem-kem tertentu nak nafikan kerana realitinya memang ada. Tetapi saya kira ia tidak akan menjadi satu perpecahan kepada UMNO.

“Daripada apa yang saya tengok yang berlaku dalam siri-siri kempen kali ini, ia lebih kepada kumpulan-kumpulan yang sudah selesa bersama dan bersahabat,” katanya.

Sambil memberi contoh dahulu bekas Exco Pemuda, jadi mereka ada geng, macam begitu, katanya.

“Macam saya pun bekas kepimpinan Puteri UMNO, jadi kita selesa apabila berjumpa dengan bekas kepimpinan Puteri UMNO.

“Jadi saya tidak nampak kem menjadi satu isu yang besar kepada pemilihan kali ini. Tetapi ia memberi kelebihan sekiranya kita ada networking yang disebut tadi.

“Namun kekuatan yang sebenar terletak pada calon itu sendiri. Walaupun ada networking, kawan-kawan kenal dan macam saya 20 tahun dulu saya bermula dengan Puteri UMNO, jadi mereka mengenali diri saya.

“Jadi mereka boleh buat penilaian kepada saya sama ada patut dipilih atau tidak. Jadi pada saya, kekuatan calon itu sendiri penyumbang yang besar,” jelasnya.

Shahaniza menegaskan, pada hematnya, memang ada kelebihan sekiranya ada networking dan mesti ada kekuatan diri sendiri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button