Hiburan

Farahdhiya masih single:90% yang ‘mencuba’ semuanya suami orang

Penyanyi juga pelakon jelita Farahdhiya mendedahkan dirinya masih lagi single kerana 90 peratus yang cuba mendekati dirinya adalah suami orang.

Ujar Farahdhiya, dia kekal berpegang dengan prinsip untuk tidak akan berkahwin dengan suami orang dan akan menolak sekiranya disunting untuk menjadi isteri kedua.

Selain itu, Farahdhiya mengakui stres dan terganggu emosi setiap terbaca berita tentang keganasan rumah tangga, terutama melibatkan golongan selebriti mendapat perhatian ramai ketika ini.

Lebih teruk lagi, pendedahan kisah-kisah kecurangan dan pukul isteri yang menjadi liputan dan hangat diperkatakan dalam media sosial mencetuskan perasaan takut pada dirinya untuk mendirikan rumah tangga.

Farahdhiya atau nama lengkapnya Farahdhiya Mohd. Amin, 38, berkata disebabkan enggan fikirannya terganggu, dia mengambil keputusan untuk tidak terlalu aktif dalam media sosial bagi mengelak membaca berita-berita sebegitu.

“Saya akui sekarang memang kurang ‘bermain’ media sosial. Saya banyak mengikuti berita yang sejak akhir-akhir ini melaporkan kisah yang tidak seronok untuk dibaca.

“Sebagai contoh kemalangan dan keganasan rumah tangga. Bila baca berita-berita sebegitu, saya berasa agak tertekan. Emosi jadi terganggu. Saya pun tidak tahu kenapa,” ujarnya kepada media.

Justeru, selebriti berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu mengambil langkah memperlahankan aktivitinya dalam media sosial yang dianggap banyak memaparkan cerita tidak sihat untuk dibaca.

“Jadi saya anggap dalam media sosial banyak perkara tidak sihat untuk dibaca yang akan mengganggu ketenteraman emosi dan jiwa saya,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi yang popular menerusi lagu Bertakhta Di Hati itu juga mengakui kisah-kisah yang terkait dengan keganasan rumah tangga sedikit sebanyak memberi kesan emosi untuknya mendirikan rumah tangga.

Selain sedih, Farahdhiya juga mengakui takut hal serupa akan berlaku terhadap dirinya selepas berkahwin suatu hari nanti.

“Bila baca kisah-kisah keganasan rumah tangga, memang emosi saya akan terganggu. Bagaimanalah saya nak berkahwin nanti?

“Saya takut jika terkena pada diri sendiri. Sepatutnya untuk para suami, jika sudah ambil anak orang secara elok, jika mahu dipulangkan semula pun biarlah dengan cara elok.

“Ini tidak. Ada yang sampai memukul hingga membunuh. Saya rasa seram. Apa nak jadi dengan dunia ini?” katanya ketika ditemui.

Dalam perkembangan lain, Farahdhiya kini kembali sibuk menjalankan aktiviti seni selepas tiga bulan berehat untuk meluangkan masa bersama ibunya yang menetap di London, England datang bercuti ke Malaysia.

“Selepas tiga bulan berehat untuk meluangkan masa bersama ibu, saya kini kembali aktif bekerja. Saya sangat gembira dapat melepaskan rindu bertemu dengan ibu saya.

“Walaupun tidak dapat melakukan banyak aktiviti luar kerana musim hujan dan banjir,” katanya. – SM

(Visited 487 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button