Nasional

10,000 tidak hadir suntikan Covid-19 di Kelantan

SUDAH daftar nama, diterima dan dipanggil untuk suntikan vaksin Covid-19 tetapi hampir 10,000 individu berkenaan, tidak hadir untuk menerima suntikan berkenaan di Kelantan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, mereka yang tergolong dalam 10,000 orang itu rata-rata berusia 60 tahun ke atas dan tidak hadir untuk menerima suntikan vaksin Covid-10, baru-baru ini.

“Sepatutnya mereka ini hadir mengikut jadual bagi suntikan vaksin di Pusat Pengagihan Vaksin (PPV) tetapi tidak hadir pula.

“Majoriti mereka ini adalah warga emas atau yang sudah berusia dan mereka sepatutnya menerima suntikan secara berperingkat sejak bulan lepas tetapi gagal hadir.

“Sesetengah daripada mereka yang tidak hadir ini memberi alasan tetapi ramai yang memilih untuk tidak tampil dengan alasan mengapa mereka tidak hadir untuk menerima suntikan,” katanya.

Dr. Zaini berkata, inokulasi di bawah fasa dua Program Imunisasi Nasional (NIP) peringkat negeri untuk warga emas masih berjalan.Katanya lGI, jabatan merancang untuk membuka lebih banyak PPV di daerah-daerah di Kelantan.
“Setakat ini, kita telah membuka PPV di Pasir Putih, Jeli, Machang, Kuala Krai, Bachok dan daerah lain di sini,” tambahnya.
Sementara itu, mengenai jumlah orang yang mendaftar untuk vaksinasi melalui MySejahtera, Dr. Zaini memberitahu, jumlahnya masih rendah.
“Sehingga semalam, lebih daripada 340,000 orang mendaftar nama mereka melalui MySejahtera dan saya percaya jumlahnya masih rendah kerana masih ramai yang mempunyai sikap ‘tunggu dan lihat’,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button