Rencah Hidup

100 penghuni Sri Penara terima bantuan keperluan asas

SEBANYAK 100 penduduk kategori asnaf di pangsapuri Sri Penara Cheras telah menerima sumbangan berupa keperluan asas menerusi program Kasih Ramadan baru-baru ini.

Sumbangan oleh Yayasan Ihsan Rakyat itu turut diberikan kepada golongan orang kurang upaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ihsan Rakyat, Datuk Rozzana Rahmat berkata usaha ini sudah dilakukan sejak enam tahun yang lalu.

“Antara barangan yang kita berikan ialah keperluan asas seperti tepung, minyak masak, milo dan banyak lagi.

“Sepanjang Ramadan kali ini, kita telah melakukan beberapa siri pemberian sumbangan di beberapa lokasi di Lembah Klang dan Grik, Perak,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan baru-baru ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Menurut Rozzana, pihaknya bagaimanapun terpaksa membatalkan program sumbangan yang dirancangkan beberapa lokasi di Pantai Timur.

“Memang kita dah rancang untuk ke Selatan dan Pantai Timur negara tetapi terpaksa dibatalkan ekoran arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

“Jadi kita fokus kepada pemberian sumbangan di sekitar Lembah Klang sahaja buat masa ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kamaruddin pula menyatakan rasa syukur terhadap kesudian Yayasan Ihsan Rakyat untuk tampil menghulurkan bantuan.

“Dalam keadaan pandemik ini, ramai yang hilang mata pencarian dan perlukan bantuan baik daripada segi bantuan barangan harian mahupun secara emosi.

“Saya juga sentiasa bersikap terbuka dengan mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button