Nasionalpilihan

10 gerai rosak teruk dibadai ribut

Sebanyak 10 buah gerai rosak teruk selepas dipukul ribut di Jalan Klebang, Batang Tiga dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, semua peniaga bertempiaran larimenyelamatkan diri apabila secara tiba-tiba ribut melanda menerbangkan khemah, meja, kerusi serta pelbagai barangan sewaktu hujan lebat.

Salah sebuah gerai yang rosak teruk selepas dibadai ribut di Jalan Klebang dekat Batang Tiga, Melaka.

Seorang peniaga lemang, Syafirul Hakimi Syafirul Bahrin, 24, berkata, ketika kejadian dia serta beberapa pekerja sedang berkemas menutup
perniagaan.

“Waktu kejadian hujan lebat dan kami terkejut secara tiba-tiba ribut
datang menyebabkan khemah yang saya sewa diterbangkan termasuk meja dan kerusi.

“Kami panik serta berlari ke arah kedai berhampiran berlindung takut
sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” ujarnya ketika ditemui
di sini malam tadi.

Katanya, ribut selama hampir sejam juga turut menjejaskan beberapa buah gerai berhampiran.

Seorang peniaga burger, Saiful Herman, 35, seorang orang kurang upaya (OKU) berkata, dia terkejut apabila khemahnya tercabut apabila dilanda ribut.

Katanya, ketika kejadian dia sedang memasak burger yang dibeli seorang pelanggan sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.

“Habis burger, roti, peralatan memasak burger termasuk meja dan kerusi bersepah di atas tanah.

“Pelanggan saya lari menyelamatkan diri dan saya serta dua rakan menahan khemah daripada diterbangkan ribut,” ujarnya.

Seorang lagi peniaga lemang, Mohd. Haikal Abdul Malik, 22, pula berkata, ketika kejadian berlaku dia serta tiga pekerjanya sedang
berkemas untuk menutup perniagaan.

“Kami dikejutkan dengan ribut yang datang secara tiba-tiba habis khemah tercabut, besi roboh, meja, kerusi pula tunggang langgang,” ujarnya.

Katanya, dia bernasib baik berjaya menyelamatkan diri daripada ditimpa sebarang kecederaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button