Sukan
Zii Jia terkandas, tewas kepada Chen Long
BERMULA garang untuk menang set pertama dengan 21-8, pemain badminton No 1 negara nampak begitu menyakinkan untuk melangkah ke suku akhir Olimpik Tokyo 2020.
Bagaimanapun kesilapan mudah yag dilakukan mata demi mata membolehkah lawannya Chen Long bangkit untuk menang set kedua 231-19 dan seterusnya menang mudah di set penentuan 21-5.
Dalam perlawanan di Musashino Forest Sport Plaza itu turut menyaksikan Zii Jia mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan kanan pada awal permainan ketika menyambut pukulan Chen Long.