Hiburan

Zamani Slam selamat jalani pembedahan tulang belakang

MENDERITA menahan sakit tulang belakang yang mengubah sama sekali fizikal penyanyi kumpulan Slam, Zamani, semalam derita penyakit yang dinamakan secara saintifik, scoliosis diharapkan sembuh.

Semalam, Zamani selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Kuala Lumpur tetapi difahamkan, beliau masih belum sedar.

Itu kata isteri Zamani, Nur Julianan Abd Rani yang memaklumkan tentang perkembangan terkini suaminya selepas menjalani pembedahan.

“Syukur Alhamdulilah, dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buatnya,” katanya semalam.

Bekas penyanyi kumpulan Slam itu yang kini berusia 51 tahun dilaporkan menjalani pembedahan selama dua jam setengah di Pusat Perubatan Kuala Lumpur.

Sebelum ini Zamani pernah memberitahu semua media bahawa beliau akan menjalani Latihan fisioterapi serta tempoh pemulihan namun bergantung juga kepada tahap kekuatan antibodinya.

Zamani juga pernah mengatakan, menurut doktor yang merawatnya, beliau boleh pulih dalam masa tempoh dua hingga tiga bulan selepas menjalani pembedahan dan rawatan.

Zamani menghidap penyakit scoliosis yang mengubah fizikalnya sehingga menjadi bongkok sejak tahun 2015.

Bahkan sebelum dia menyertai rancangan reality televisyen Gegar Veganza (GV), perubahan pada fizikalnya sudah mulai nampak tetapi ketika itu, ia belum ketara sehingga tulang belakangnya menjadi bengkok.

Keadaan fizikal Zamani yang menanggung menahan kesakitan semakin teruk apabila dia tidak mampu lagi untuk berdiri tegak seperti biasa kerana tulang belakangnya semakin hari, semakin membengkok.

Perubahan fizikal Zamani itu amat ketara dan apabila dia sudah menjalani pembedahan semalam, diharapkan keadaannya lebih baik. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button