Agama

Zakat mewujudkan masyarakat lebih adil – Raja Muda Perlis

KUALA PERLIS 18 Okt. – Zakat merupakan satu instrumen yang amat penting dalam sistem ekonomi Islam. Ia bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan, tetapi juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyeimbangkan ekonomi dan mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan makmur.

Zakat juga. bukan hanya sekadar pemberian semata-mata, tetapi ia juga merupakan satu tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita semua sebagai umat Islam untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Program MAIPs Peduli di sekitar Kuala Perlis bermula dan berakhor di perkarangan Masjid Terapung Al-Hussain baru-baru ini yang turut disertai sama oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga
merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs, Baginda berharap semoga para penerima zakat yang sihat tubuh badan wajar menggunakan segala peluang yang diberikan dengan sebaiknya dan bersungguh-sungguh kerana dengan cara ini sahaja seseorang itu dapat mengembangkan potensi dirinya dan meningkatkan taraf kehidupan masing-masing ke satu tahap yang lebih baik.

Tuanku Raja Muda turut berkenan untuk menyempurnakan sumbangan penyerahan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada asnaf yang terpilih pada kali ini iaitu Abd Mutalib Hasshim, 71 tahun di Kampung Belakang Kilang, Siti Fatimah Ayub, 71 tahun, Kampung Sungai Siput dan Noorma Sa’aid, 81 tahun juga dari Kampung Belakang Kilang.

Setiap daripada mereka menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah bagi menampung keperluan harian masing-masing.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button