TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, (KKDW) tiba di bangunan Kementerian di Putrajaya, bagi memulakan tugas pada hari pertama.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba pada pukul 12:15 tengahari dengan disambut Ketua Setiausaha KKDW Datuk Ramlan Harun bersama pihak pengurusan tertinggi dan agensi di lobi bangunan Kementerian.
Datuk Seri Ahmad Zahid kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini.
Beliau seterusnya menandatangani buku Selamat Datang dan Selamat Bertugas di pejabatnya dan menghadiri sesi taklimat kementerian.
Artikel berkaitan > Perdana Menteri persembahkan senarai kabinet Kerajaan Perpaduan