Politik

Zahid Hamidi sedia lepaskan jawatan presiden UMNO

TIMBALAN perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sedia untuk lepaskan jawatan sebagai Presiden Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, ia bergantung pada keputusan di peringkat Majlis Keria Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung Umna (PAU) malahan dia juga bersikap terbuka sekiranya jawatan yang disandar olehnya kini akan dipertadingkan semula di masa akan datang.

“Berdasarkan Perlembagaan Umno, pemilihan parti diadakan setiap tiga tahun dengan pemilihan seterusnya dijangka pada 2026. Saya amat terbuka dalam perkara ini (jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno dipertandingkan).

“Yang penting, Umno harus terus dipertahankan dan relevan… jangan difikirkan dari sekarang soal pertandingan itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Muar, di Johor.

Menurut laporan Berita Harian.Sg, Kesediaan itu juga dinyatakan susulan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tenggara, di Johor meluluskan usul menggesa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan pada pemilihan parti itu.

Datuk Zahid berdepan desakan daripada pimpinan dan ahli parti untuk beliau melepaskan jawatan Presiden sebaik Umno mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pada 2022.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button